Welcome To Young Internet Master

Cara Hackers Mendapatkan Password Facebook Anda Dengan Mudah






makin hari makin banyak kes password hilang dicuri oleh hackers yang mengambil kesempatan keatas mangsa yang lemah dari segi IT. malah yang hebat dalam IT juga mudah dihack facebooknya jika tidak berhati-hati dan cuai semasa online menggunakan facebook. 

jadi, kita tidaklah mahu perkara ini terus berlaku hingga menyebabkan kerugian dari segi wang sekiranya anda anda menyimpan maklumat akaun bank anda di dalam Facebook untuk tujuan perniagaan atau membeli sesuatu yang ada dijual di facebook.

sebenarnya hack password ini adalah amat mudah sekali, ia adalah bergantung bagaimana cara hackers menarik minat anda dan mengaburi permikiran anda. di sini saya ingin menceritakan berkenaan dengan hackers yang biasa sahaja pengetahuannya. bukan yang advanced yang saya maksudkan. 

jadi hackers yang biasa ini adalah seperti kita sendiri iaitu ingin mendapatkan password si mangsa untuk tujuan yang tidak baik. kenapa saya kata hackers yang biasa tersebut adalah seperti kita? mudah sahaja, sebab cara untuk hacking password facebook orang lain ini adalah begitu senang dan orang yang tiada pengalaman hacking juga boleh mendapatkan password mangsa yang mudah terpengaruh.

ini adalah berkaitan dengan bagaimana si hackers menpengaruhi si mangsa. jadi, untuk memastikan anda tidak menjadi mangsa si hackers, saya ingin anda melihat beberapa contoh cara-cara hackers mendapatkan password facebook si mangsa dengan mudah.

Elakkan Bunyi Tutorial Seperti Begini!!!

Tahap 1:
buka email korang..pastu klik pada COMPOSE..
Tahap2:
nampak tak perkataan SUBJECK..?? ha kt subject tu korang tulus perkataan ni..: RETRIEVE LOST PASSWORD
Tahap 3:
ok tahap ke 3 ni korang tulis dalam kotak yg biasa kita guna untuk tulis email..
Pada perenggan pertama tulis perkataan seperti di bawah ni:
/facebook.managment/systemrecovery/cgi-bin/recovery/systemflood /v&t9858
pada perenggan ke dua korang selang sebaris tulis:
Login: (tulis email orang yg korang nak curi password dia)
Current E-mail: (tulis email facebok korang)
Password: (tulis password email facebook korang)
contoh:
——-
/facebook.managment/systemrecovery/cgi-bin/recovery/systemflood /v&t9858
Login: serikandi80@yahoo.com
Current E-mail: cicidan@yahoo.com
Password: 12345678
Tahap 4:
Ok siap…senang je…
pastu..
Send email ini ke alamat email ni: pass_recovery99@yahoo.com
Pastu pakat2 sabar la kejap..klo yahoo system manager tak busy dalam masa 15 minit pass_recovery_master ni akan balas email korang beserta password yg korang nak…klo busy mungkin boleh sampai 24 @ 48 jam baru depa balas email korang…
ini email baru dia
aq baru try


anda sendiri tengoklah bagaimana hacker ini dengan mudah mendapatkan password si mangsa. seperti yang saya katakan tadi ia adalah berkaitan dengan pemikiran iaitu cara si hacker memainkan fikiran anda, lagipun anda pada masa ini sebagai contoh betul-betul ingin mempelajari cara hack password facebook orang lain. 

si hacker dengan bijaknya menulis ayat-ayat yang menarik perhatian anda. cuba anda tengok pada perkataan yang berwarna merah iaitu RETRIEVE LOST PASSWORD. saya tahu pembaca yang membaca post saya ini sedang berfikir bahawa anda tidak mudah tertipu. memang anda berkata begitu sebab anda sudah membaca post ini yang berkaitan dengan cara hackers mendapatkan password anda. 

anda perlu ingat, jika kita tidak berfikir panjang, kita juga akan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain jika tidak bersedia. berbalik kepada topik RETRIEVE LOST PASSWORD memberitahu kononnya dengan ayat ini mengembalikan password si mangsa. anda sudah mula yakin tahap1 pada masa ini. selepas itu hacker mula menulis ayat yang kritikal untuk dibaca /facebook.managment/systemrecovery/cgi-bin/recovery/systemflood /v&t9858. ayat ini sudah cukup untuk perhatian si mangsa, kononnya password ini berada di sistem facebook dan kita menghantar maklumat ini ke sistem facebook. 

selepas itu hackers meminta anda untuk memberikan maklumat anda seperti email anda dan email mangsa diakhiri dengan password anda. password anda sendiri???!!  mungkin ada yang tidak akan sedar bahawa password sendiri turut diminta oleh arahan hacker tersebut. sebenarnya, anda adalah mangsa hackers tersebut kerana password dan email anda akan dihantar ke email hackers tersebut!

seterusnya, hackers akan mengatakan jika sudah selesai, hantar ke email iaitu pass_recovery99@yahoo.com. kononnya dalam masa 15 minit akan balas ke email kita dan memberikan password mangsa yang kita hendakkan. padahal dalam masa 15 minit itu hackers memeriksa email mereka dan telah melihat mesej dari anda berbunyi begini :

/facebook.managment/systemrecovery/cgi-bin/recovery/systemflood /v&t9858
Login: serikandi80@yahoo.com
Current E-mail: cicidan@yahoo.com
Password: 12345678


jadi, hackers dengan ini mengambil kesempatan untuk terus log in menggunakan email dan password yang anda berikan kepadanya ke Facebook dan dalam masa beberapa saat sahaja  facebook anda telah bertukar tangan.

cara ini adalah sering kali digunakan oleh warga indonesia dan pada masa ini telah digunakan oleh rakyat Malaysia pula. didapati ramai yang menjadi mangsa.

Elakkan Menggunakan Software Seperti ini!!

yang ini paling mudah tertipu jika anda telalu percaya dengan software seperti ini. yang ini perkara biasa kerana kita memang suka sesuatu yang dipanggil software. lagipun software sesuatu yang mudah digunakan, kerana hanya klik-klik sahaja anda boleh menyelesaikan tugas di komputer anda. 

saya tidak akan bercerita panjang tentang software ini. software untuk hack facebook ini adalah sama sahaja tujuannya seperti tips yang menipu diatas iaitu untuk mendapatkan password anda sendiri. cara ini lebih advanced sedikit diatas kerana ia memerlukan skill developer untuk mencipta software ini, tidak seperi cara di atas. cara untuk elakkan anda tertipu dengan software ini, ingat sahaja ayat ini " Dont give them Password if they want your password'!!!!

ada terdapat banyak lagi cara hacker ini mendapatkan password anda seperti pishing, keylogger, penetration dan pelbagai lagi. jadi apa yang perlu saya ingatkan adalah dua cara diatas kerana ia mudah dipelajari oleh sesiapa dan mudah untuk mencari mangsa. 

pastikan anda sentiasa berjaga-jaga jika ada yang meminta password anda walaupun mereka mengaku staff facebook dan sebagainya. setiap kali online menggunakan facebook, anda periksalah di Account Setting > Security. selepas itu anda tengoklah pada Active Sessions. Jika ada terdapat dua kawasan yang lain sedang menggunakan facebook anda. sebagai contoh,


If you notice any unfamiliar devices or locations, click 'End Activity' to end the session. This list does not currently include sessions on Facebook's mobile site (m.facebook.com).


bermakna ada terdapat dua pengguna internet yang berbeza menggunakan facebook anda, jadi dengan pantas klik pada End Activity dan terus tukar password jika sempat. tetapi diingatkan di sini, perkara yang berlaku di Active Sessions ini sering terjadi jika anda menggunakan Wifi yang berbeza pada hari yang lain, jika anda merasa tidak sedap hati dan anda memang yakin menggunakan wifi yang sama semalam, saya sarankan anda bertindak segera.

jika anda melihat terdapat dua kawasan yang sedang menggunakan facebook anda pada Current Session bermakna anda adalah menjadi mangsa.

jadi, saya harap dengan kesedaran diatas dapat mengingatkan kita agar lebih berhati-hati lebih lagi kepada yang menjalankan perniagaan internet.


Cara Hackers Mendapatkan Password Facebook Anda Dengan Mudah 8out of 10 based on 15 ratings. 15 user reviews.

Subscribe for latest updates

Yimaster adalah Nickname sahaja tetapi saya tidaklah sepakar Nickname tersebut. Penulis tidak sekolah tinggi pada masa lalu. Penulis adalah penulis blog setengah masa (Ada banyak tugas lain juga) Young Internet Master yang mempunyai sedikit pengalaman sahaja (bukannya Pro pun) dalam SEO (Search Engine Optimization), dan Dunia Internet Marketing. Penulis yang berasal dari Malaysia akan menyentuh pelbagai topik-topik terkini di blog ini dari segi perkongsian software, berita terkini, SEO, trafik, hacking, internet marketing, Ebook percuma dan pelbagai lagi maklumat yang akan dikongsikan oleh penulis (Selagi Penulis Mampu). Dengan pengalaman yang tidak seberapa ini selama 2 tahun lebih menceburi dalam dunia internet membuatkan penulis berpuas hati dengan segala ilmu yang dimiliki penulis walaupun hidup ini tidak pernah puas. Penulis suka berkongsi kerana berkongsi itu menambahkan ilmu.Dapatkan update dari penulis melalui emel anda. Sekian.

Ikuti Saya Di Twitter Atau Like Facebook Or Google +

Author Box byLatest Hack



 

Our Friends

Pengomen Yang Terbaik

Powered by Disqus
Subscribe
emailSubscribe to our mailing list to get the updates to your email inbox...
Delivered by FeedBurner | powered by blogtipsntricks

ABOUT YIMaster

SELAMAT DATANG KE LAMAN YOUNG INTERNET MASTER. YIMASTER ADALAH FOUNDER YOUNG INTERNET MASTER YANG MEMPUNYAI KEPAKARAN DALAM BIDANG TERTENTU IAITU DALAM SEO (Search Engine Optimization) DAN HACKING. PENULIS TELAH BERMULA SEMENJAK TAHUN 2009 LAGI DALAM DUNIA INTERNET. SEKARANG UMUR BLOG INI 2 TAHUN LEBIH SUDAH.JIKA ANDA BERMINAT DENGAN INFO TERKINI, RAHSIA INTERNET DAN TIPS-TIPS YANG TIADA DI BLOG LAIN SILA IKUT TWITTER PENULIS.

Google+ Badge

Return to top of page Copyright © 2012 | Master Converted into Blogger Template by Yimaster